← Back to list
Suhu Panas Luar Biasa Dijangka Tidak Berlaku Tahun Ini
Jan 08, 2025
Suhu Panas Luar Biasa Dijangka Tidak Berlaku Tahun Ini
Suhu panas luar biasa dijangka tidak berlaku tahun ini.
Pengarah MetMalaysia beritahu Harian Metro, ia susulan tiada pengaruh fenomena El Nino yang diramal berlaku pada tahun ini.
Namun, kebanyakan kawasan terutamanya di Utara Semenanjung dan pedalaman Pahang, Kelantan serta Perak cenderung alami peningkatan suhu maksimum harian dari Februari hingga Mei ini.
Ia ekoran fasa akhir Monsun Timur Laut dan memasuki fasa peralihan monsun yang menyaksikan kurangnya litupan awan dan pengurangan taburan hujan.
Kerajaan akan laksanakan langkah berkesan tangani isu scam
Kementerian Komunikasi akan kaji strategi dan laksanakan langkah lebih berkesan bagi tangani isu penipuan atau scam secara dalam talian.
Jelas Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching ia menerusi kewujudan Portal Anti-Penipuan Kebangsaan dan kerjasama semua pihak berkepentingan.
Pihaknya juga akan terus mengambil tindakan tegas untuk membanteras jenayah terbabit.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca