← Back to list
87% Individu Setuju PLKN Dilanjutkan
Jan 10, 2025
87 peratus individu berusia 16 hingga 60 tahun termasuk ibu bapa bersetuju pelaksanaan PLKN dilanjutkan.
Yang Dipertua Dewan Rakyat memaklumkan, berdasarkan satu tinjauan awam, ibu bapa juga mahu anak-anak mereka mempunyai arah yang jelas dalam kehidupan.
Justeru ujar Tan Sri Dr Johari Abdul, kerajaan berharap PLKN 3.0 yang akan bermula tidak lama lagi dapat bina jati diri sekali gus memupuk sifat kepimpinan golongan muda di negara ini.
Sebelum ini Kementerian Pertahanan memaklumkan PLKN 3.0 akan dimulakan dengan latihan percubaan melibatkan 200 peserta bermula Ahad ini hingga 25 Februari.
Ia menerapkan 70 peratus asas ketenteraan dan 30 peratus kenegaraan yang akan bantu meningkatkan kemahiran dan kemampuan diri termasuk dari segi percakapan dan berfikir.
---
Pelan Pendidikan Malaysia yang baru akan beri tumpuan kepada pelbagai keperluan masa depan termasuk pelaksanaan AI dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menurut KPM, pelan itu juga akan menangani cabaran seperti buli, isu kesihatan mental dan jurang pendidikan.
Pelan Pembangunan Pendidikan Masa Depan Malaysia 2026-2036 bakal menggantikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang akan berakhir tahun ini.
---
Kementerian Ekonomi telah kumpul data mencukupi untuk bentang cadangan kepada Kabinet berkaitan klasifikasi lebih tepat mengenai pendapatan penduduk negara ini.
Menterinya Rafizi Ramli memaklumkan, pengumuman akan dibuat dalam tempoh beberapa minggu lagi mengenai kelayakan untuk pengagihan bantuan kepada rakyat.
Ia termasuk pengenalan mekanisme baru untuk agihan bantuan berdasarkan pendapatan boleh guna bersih.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca