← Back to list
Indonesia Pandang Serius Penyebaran Berita Palsu
Feb 07, 2025
Seorang pempengaruh Malaysia mungkin berdepan tindakan tegas daripada pihak berkuasa Indonesia.
Ini selepas individu berkenaan mereka-reka cerita palsu mengenai kehilangan rakannya di sebuah hutan di negara tersebut baru-baru ini.
Menurut polis Indonesia, penyebaran berita palsu adalah kesalahan besar selain pempengaruh itu tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa untuk membuat rakaman di kawasan tersebut.
Sebelum ini, seorang pempengaruh dilaporkan hilang ketika melakukan kegiatan paranormal di hutan sekitar Bandung, Indonesia.
.....
Kastam Malaysia patahkan lebih 7 ribu kes penyeludupan sepanjang tahun lepas dengan nilai rampasan dan cukai berjumlah lebih 1 bilion ringgit.
Pihaknya berkata jumlah berkenaan meningkat kira-kira 85 peratus berbanding lebih 880 juta ringgit pada 2023.
.....
Kementerian Kesihatan maklumkan enam klinik kesihatan di Sarawak akan menjalani transformasi digital tahun ini.
Pihaknya berkata perkara itu mampu elakkan rekod atau data perubatan di klinik daripada terjejas akibat bencana seperti banjir.
.....
Dalam perkembangan lain, kira-kira 7,800 mangsa banjir direkodkan di Sarawak dan Sabah ketika ini dengan lebih 30 PPS dibuka.
.....
Polis tahan dua lagi individu yang disyaki terlibat dalam kejadian langgar lari melibatkan dua kenderaan yang dipandu secara melulu di Jalan Klang Lama bulan lalu.
.....
Dan Rapid Bus akan menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma di 3 laluan di Kuala Lumpur dan 1 laluan di Pulau Pinang pada Thaipusam Selasa depan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca