← Back to list
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Inflasi Perubatan
Mar 04, 2025
Kementerian Kesihatan ambil langkah agresif untuk tangani isu inflasi perubatan yang mendorong kenaikan premium insurans kesihatan.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pendekatan pelbagai hala akan digunakan untuk pastikan isu itu ditangani sebaiknya.
Tambahnya, pemaparan harga ubat secara telus dapat bantu syarikat insurans menilai kos rawatan dengan tepat dan kurangkan premium insurans kesihatan.
.....
Dalam pada itu, KKM saran pihak berkuasa tempatan papar nombor kecemasan di kawasan bazar Ramadan untuk tindakan segera jika berlaku sebarang insiden.
Pihaknya berkata tindakan awal membuat panggilan kecemasan itu penting untuk selamatkan nyawa pengunjung bazar.
.....
Kerajaan bekerjasama dengan empat syarikat telekomunikasi untuk tingkatkan verifikasi kad SIM dalam MyDigital ID untuk cegah jenayah siber.
Menteri Wilayah Persekutuan berkata usaha itu dapat banteras pendaftaran kad sim palsu dan sukarkan scammer guna kad sim yang tidak sah.
Tambahnya, kira-kira 1.8 juta rakyat Malaysia sudah mendaftar MyDigital ID setakat Januari lalu dengan sasaran 15 juta berdaftar menjelang Julai tahun ini.
.....
Dalam pada itu, Malaysia rekodkan hampir 3 juta panggilan penipuan tahun lalu dengan peningkatan lebih 82 peratus berbanding kira-kira 1.6 juta panggilan pada 2023.
Menurut laporan sebuah aplikasi telefon bimbit, Malaysia turut catat kadar kebocoran data peribadi tertinggi dalam kalangan negara yang dikaji termasuk Thailand dan Taiwan.
.....
Kerajaan Sabah sedang kaji pelaksanaan beberapa langkah baharu termasuk meletakkan had umur untuk tingkatkan keselamatan pendaki Gunung Kinabalu.
Ini susulan kematian seorang lelaki warga asing yang berusia lingkungan 70-an ketika menuruni puncak tertinggi di Malaysia itu baru-baru ini.
.....
KTMB sediakan empat perkhidmatan ETS tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri yang akan dijual bermula 10 pagi ini.
.....
Dan sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh sekumpulan pejalan kaki di Jerman.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca