← Back to list
Tiada Hasrat Laksana Lagi Pengeluaran KWSP Bersasar
Mar 04, 2025
Kerajaan tidak bercadang memperkenal atau melaksanakan lagi pengeluaran KWSP bersasar.
Ujar Perdana Menteri, pertimbangan khas boleh diberi kepada mereka yang perlu segera mengeluarkan wang simpanan.
Namun tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan juga perlu pastikan pengeluaran sedemikian tidak akan membebankan pencarum apabila mereka bersara.
Ia bagi menjawab soalan di Dewan Rakyat adakah kerajaan akan pertimbang untuk laksana lagi pengeluaran bersasar bagi pencarum yang hadapi kesukaran hidup.
Datuk Seri Anwar juga berkata kerajaan tidak bercadang mewajibkan pekerja muslim mencarum dalam simpanan patuh syariah KSWP.
Namun kerajaan akan terus menggalakkan pencarum beragama Islam pilih skim tersebut.
---
Mahkamah Tinggi Shah Alam tolak permohonan ibu bapa Allahyarham Zayn Rayyan untuk dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan mengabaikan kanak-kanak itu.
Hakim memutuskan demikian kerana mendapati tuduhan itu tidak cacat dan memenuhi inti pati pertuduhan di bawah Akta Kanak-Kanak.
Mayat Allahyarham Zayn Rayyan ditemui dekat anak sungai berhampiran rumahnya di Damansara Damai pada Disember 2023, sehari selepas dilaporkan hilang.
---
Statistik kes keganasan rumah tangga yang direkodkan PDRM menunjukkan peningkatan iaitu hampir 7,200 kes pada tahun lalu berbanding kira-kira 5,500 kes pada 2023.
Susulan itu, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tegaskan, kerajaan perlu pinda dan kaji Akta Keganasan Rumah Tangga dan undang-undang berkaitan dari masa ke masa.
---
Terminal Bersepadu Gombak (TBG) akan mula beroperasi secara berperingkat pada 15 Mac ini yang bakal jadi hab pengangkutan utama untuk penumpang dari Pantai Timur.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca