← Back to list
Individu Terlibat Isu 3R di Media Sosial Berdepan Tindakan Tegas
Mar 06, 2025
Individu yang terlibat isu 3R di media sosial berdepan tindakan tegas.
Kementerian Perpaduan tegaskan ini termasuk kenyataan berbentuk provokasi dan penghinaan agama yang tidak boleh diterima sama sekali.
Pihaknya turut minta PDRM dan SKMM ambil tindakan undang-undang sewajarnya terhadap mereka yang terlibat.
.....
Dalam perkembangan lain, SKMM kenakan kompaun 10 ribu ringgit kepada Harith Iskander dan Cecelia Yap kerana muat naik kandungan jelik berkaitan agama Islam di Facebook.
Pihaknya berkata kandungan tersebut telah diturunkan Meta manakala permohonan penutupan akaun kedua-dua individu itu sedang dinilai syarikat berkenaan.
.....
Kementerian Dalam Negeri maklumkan polis sedang kenal pasti punca kematian seorang pegawai yang ditemui meninggal dunia di Kementerian Kewangan semalam.
Tambahnya, masih terlalu awal untuk buat sebarang komen ketika ini susulan siasatan menyeluruh berhubung kes itu masih dikendalikan pihak berkuasa.
.....
Polis tahan 14 lelaki warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes rusuh dan khianat di hadapan sebuah pusat sukan di Johor baru-baru ini.
.....
Dalam pada itu, polis Sabah rampas dadah bernilai RM3 juta selepas menahan dua lelaki tempatan di Penampang hujung bulan lalu.
.....
Akhir sekali, Perak umum bonus raya RM1,500 kepada kira-kira 13,500 penjawat awam negeri.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca