← Back to list
Wisma Putra Nasihat Rakyat Malaysia Berwaspada di Selatan Thailand
Mar 10, 2025
Rakyat Malaysia di Yala, Narathiwat dan Pattani dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada susulan beberapa insiden keselamatan baru-baru ini.
Wisma Putra berkata pihaknya sedang pantau rapat situasi di wilayah terbabit menerusi Konsulat Jeneral Malaysia di Songkhla.
Pihaknya turut gesa rakyat Malaysia untuk tangguh semua perjalanan tidak penting ke wilayah itu untuk langkah keselamatan.
.....
Dalam perkembangan lain, Kementerian Pendidikan nasihatkan pelajar Malaysia di Golok, Thailand supaya tinggal di asrama dan utamakan keselamatan.
Ia susulan kejadian letupan dan tembakan di Sungai Golok yang mengakibatkan kira-kira dua kematian dan beberapa kecederaan.
Pihaknya berkata pelajar terbabit tidak dibenarkan pulang buat masa ini ekoran serangan tersebut.
.....
Dalam pada itu, Pasukan Gerakan Am diarah pertingkatkan rondaan di pangkalan haram dan lokasi titik panas di sepanjang Sungai Golok.
Ketua Polis Negara berkata langkah ini untuk tingkatkan tahap kesiapsiagaan dan pantau keselamatan pos serta petugas selama 24 jam.
.....
Polis tahan seorang lelaki tempatan dipercayai mempunyai masalah mental susulan membuat kekecohan di sebuah rumah ibadat di Kuching, Sarawak.
.....
Seorang pekerja kedai serbaneka di Ipoh dipecat serta-merta selepas video tindakannya menyimbah air panas kepada anjing tular di media sosial.
.....
Dan lebih 4,700 mangsa banjir direkodkan di Sabah manakala lebih 300 mangsa ditempatkan di PPS di Sarawak.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca