← Back to list
Perdana Menteri Tidak Akan Pegang Jawatan Lebih 2 Penggal
Mar 17, 2025
Perdana Menteri menegaskan beliau tidak akan pegang jawatan itu melebihi 2 penggal atau maksimum 10 tahun.
Justeru Datuk Seri Anwar memaklumkan, kerajaan sedia pinda Perlembagaan Persekutuan bagi hadkan tempoh jawatan Perdana Menteri.
Beliau juga berkata, proses itu akan dilaksana dengan rapi kerana ia perlu konsensus semua parti serta sokongan 2 pertiga Ahli Parlimen.
Dalam perkembangan berkaitan, Bersih berpendapat sesi Parlimen akan datang merupakan masa terbaik untuk bentang rang undang-undang berkaitan.
Pihaknya turut saran ia dilaksanakan di peringkat negeri.
---
Kementerian Pendidikan (KPM) sudah bersedia untuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP) terima 70 peratus daripada pelajarnya pilih aliran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik, STEM.
Menterinya, Fadhlina Sidek berkata cadangan oleh Perdana Menteri berhubung perkara itu baru-baru ini selari dengan dasar yang sedang dilaksanakan KPM.
Datuk Seri Anwar Ibrahim kemuka saranan tersebut kepada Kabinet ekoran kurang penyertaan pelajar dalam bidang STEM.
---
Polis Perak terima laporan daripada 7 murid sebuah sekolah berasrama penuh di Teluk Intan yang mendakwa dibuli pelajar senior.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca