← Back to list
Tidak peduli pangkat pengaruh mereka, ambil tindakan sekeras-kerasnya - PM Anwar
Mar 25, 2025
Perdana Menteri yakin suasana politik dan iklim negara akan menjadi lebih baik jika agensi penguatkuasaan tidak berkompromi dalam soal pembanterasan rasuah.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perilaku rasuah khususnya membabitkan agensi penguatkuasaan tidak boleh dibiarkan, kerana ia akan melemahkan negara.
Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap sempena Sambutan Peringatan Hari Polis ke-218 di Pusat Latihan Polis hari ini.
__
Dalam satu lagi perkembangan,
Kerajaan MADANI melalui Kementerian Komunikasi tawar Insentif Rebat RAHMAH secara one-off kepada PDRM sempena Hari Polis KE-218.
Anggota PDRM yang mendaftar pelan pascabayar akan menikmati pembayaran bil percuma selama satu bulan.
Manakala bagi pakej prabayar, tambah nilai minimum RM30 akan disalurkan secara one-off.
__
Kerajaan akan memindahkan sebuah kuil di Jalan Masjid India yang dirancang bagi penempatan semula ke lokasi berhampiran.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zaliha Mustapha berkata tapak penempatan baharu kuil itu terletak 50 meter dari tapak asal sekarang.
Persetujuan itu dicapai hasil rundingan pelbagai pihak termasuk bersama pihak kuil.
__
Dan, kerajaan dijangka umumkan kadar pemberian diskaun tol sempena Aidilfitri selepas mesyuarat Kabinet, esok.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca