Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Aidilfitri: 2.77 juta kenderaan dijangka guna lebuh raya utama

Mar 27, 2025


Kira-kira 2.77 juta kenderaan dijangka menggunakan lebuh raya utama sehari sempena cuti perayaan Aidilfitri tahun ini. 

Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata lebih 2.15 juta daripada jumlah itu akan gunakan lebuh raya PLUS. 

Selebihnya melibatkan Lebuhraya KL-Karak, LPT1, LPT2 dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat.  

Tambahnya, pergerakan kenderaan keluar dari ibu kota ke Pantai Timur, Utara dan Selatan tanah air dijangka mula menunjukkan peningkatan hari ini.  

__

Sementara itu, PDRM memberi tumpuan kepada 6 kesalahan utama jalan raya dalam Op Selamat 24 yang bermula pada Sabtu ini hingga 3 April. 

Antara kesalahan itu ialah memandu melebihi had laju, memotong di garisan berkembar dan menggunakan telefon bimbit. 

Semua pengguna jalan raya disarankan agar lebih bertimbang rasa dan mengawal emosi ketika memandu. 

__

Harga barangan asas sempena Aidilfitri masih terkawal dan tiada kenaikan harga. 

Tegas Perdana Menteri, ia adalah hasil pemantauan rapi oleh beberapa kementerian dan agensi termasuk KPDN. 

Tambah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia menjadikan tahun ini antara yang terbaik dalam sejarah kawalan harga menjelang musim perayaan.   

__

Dan, selepas hampir lima dekad, penyanyi legenda Datuk DJ Dave kembali menghangatkan suasana Aidilfitri dengan lagu baharu berjudul ‘Meriah Syawal’.  

Video muzik lagu itu boleh ditonton di Youtube rasmi DJ Dave mulai malam esok. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us