← Back to list
Gempa bumi bermagnitud 7.7 landa Myanmar, gegaran turut dirasai di negara jiran
Mar 28, 2025
Sekurang-kurangnya 10 orang maut apabila sebuah masjid di Mandalay runtuh akibat gempa bumi kuat bermagnitud 7.7 melanda Myanmar.
Ia turut menyebabkan gegaran dirasai di beberapa negara jiran termasuk Thailand.
AFP melaporkan sebuah bangunan yang sedang dalam pembinaan di Chatuchak turut runtuh akibat gegaran itu.
Perdana Menteri Thailand pula telah mengisytiharkan darurat berikutan gempa bumi tersebut.
Sementara itu, gempa bumi itu turut dirasai oleh sebahagian rakyat Malaysia terutama di Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan.
Pengguna laman sosial Facebook dari ketiga-tiga negeri itu berkongsi rasa terkejut apabila merasai gegaran kecil di kediaman masing-masing.
Bagaimanapun, MetMalaysia berkata, tiada ancaman tsunami dilaporkan kepada Malaysia susulan kejadian itu.
__
Jumlah penumpang khususnya bagi perlepasan dalam negeri di KLIA2 dilaporkan mulai sesak menjelang Aidilfitri.
Berdasarkan tinjauan Kosmo! pagi tadi, kapasiti penumpang terutama penerbangan ke Sabah, Sarawak dan Labuan terus meningkat hari ini berbanding semalam.
Dalam pada itu, AirAsia menasihatkan penumpang berada di lapangan terbang sekurang-kurangnya dua jam lebih awal bagi penerbangan domestik dan tiga jam bagi penerbangan antarabangsa.
Ia bagi membolehkan penumpang melalui proses perjalanan dengan lebih selesa dan terkawal.
__
Dan, tiga beranak antara lima yang maut dalam kemalangan babitkan empat kenderaan termasuk sebuah treler di Lebuhraya PLUS arah selatan dekat Kluang, malam tadi.
Ketua Polis Kluang berkata hasil siasatan awal mendapati nahas berpunca daripada tayar hadapan kanan treler terbabit pecah lalu hilang kawalan sebelum merempuh tiga kenderaan lain.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca