← Back to list
Murid Tidak Wajib Pakai Lencana Jalur Gemilang
Mar 29, 2025
Tiada hukuman dikenakan ke atas murid yang tidak pakai lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam.
Menurut Kementerian Pendidikan, inisiatif yang akan dilaksanakan secara berperingkat mulai 21 April depan itu bertujuan pupuk semangat patriotisme dan cintakan negara.
Tambahnya, KPM akan bekalkan dua unit lencana Jalur Gemilang secara percuma bagi semua murid untuk sesi persekolahan 2025/2026.
.....
Menteri Agama ingatkan semua pihak supaya lebih beradab ketika buat hantaran di media sosial berkaitan isu kaum, agama dan raja atau 3R.
Datuk Mohd Na'im Mokhtar tegaskan hal itu penting untuk pastikan keharmonian masyarakat pelbagai agama dan kaum di negara ini terus terpelihara.
.....
Dalam perkembangan lain, JAKIM kesal dengan insiden penghinaan terhadap Nabi Muhammad di media sosial baru-baru ini.
Pihaknya maklumkan laporan kepada MCMC dilakukan agar tindakan undang-undang yang sesuai diambil kepada individu terbabit.
.....
Wisma Putra sahkan semua rakyat Malaysia di Myanmar dan Thailand dalam keadaan selamat susulan gempa bumi kuat semalam.
.....
Dan menurut kerajaan Myanmar, sekurang-kurangnya 144 orang terbunuh dan 732 yang lain cedera akibat gempa bumi yang melanda negara itu petang semalam.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca