Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Memandu Laju Antara Punca Utama Nahas

Mar 30, 2025


Hujan dan ribut petir diramal melanda sejumlah kawasan pada Aidilfitri nanti.  

Menurut MetMalaysia, kebanyakan negeri dijangka alami cuaca tersebut pada pagi, petang dan malam.  

Justeru pihaknya menasihatkan orang ramai yang mahu pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri atau melakukan aktiviti luar untuk rancang perjalanan atau kegiatan dengan baik.  

Maklumat terkini berkaitan cuaca boleh didapati di laman web dan media sosial rasmi MetMalaysia.  

Dalam perkembangan berkaitan, sebagai makluman 29 lokasi di seluruh negara akan menjadi tempat untuk melihat anak bulan Syawal pada petang ini.  

Sementara itu umat Islam di kebanyakan negara Arab meraikan Aidilfitri hari ini antaranya Arab Saudi, Qatar, Yaman dan Iraq.  

Namun, kerajaan Oman menyatakan negara itu akan sambut 1 Syawal esok kerana anak bulan tidak kelihatan. 

Di Indonesia pula, Menteri Agamanya mengumumkan umat Islam di republik itu akan sambut Aidilfitri esok.  

---

Pemandu, penunggang motosikal dan pejalan kaki diseru mengutamakan keselamatan pada musim perayaan ini. 

Perikatan Komuniti Selamat memaklumkan, ia bagi elak sebarang insiden agar semua pengguna jalan raya selamat tiba ke destinasi.  

Pihaknya juga tegaskan, memandu laju, menukar lorong secara tiba-tiba dan mengekori kenderaan lain terlalu rapat adalah antara punca utama kemalangan.  

---  

Kerajaan sekali lagi jamin bekalan barangan keperluan melibatkan daging, ayam dan sayur-sayuran di seluruh negara mencukupi sempena sambutan Aidilfitri. 

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan juga memaklumkan, pihaknya ada terima laporan kekurangan bekalan namun jumlahnya kecil. 

--- 

Dianggarkan lebih sejuta kenderaan perantau sudah memasuki Kelantan bagi meraikan Aidilfitri bersama keluarga. 

Ketua Polis Kelantan berkata, semua kenderaan itu masuk ke negeri itu melalui 3 pintu utama iaitu Jeli, Pasir Puteh dan Gua Musang. 

--- 

MetMalaysia mengoperasikan 80 sensor seismik di seluruh negara setakat ini bagi kesan sebarang aktiviti gempa bumi dalam negara dan serantau. 

Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia juga berupaya salur maklumat gempa bumi kepada orang awam dalam tempoh 8 minit selepas dikesan oleh sensor.  

Jumaat lalu, Myanmar dilanda siri gempa bumi kuat yang turut dirasai negara-negara jiran termasuk Thailand dan Vietnam. 

Sementara itu angka korban gemba bumi di Myanmar dilapor sudah mencecah 1,700 orang, lebih 3,400 yang lain cedera dan hampir 140 masih hilang. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us