← Back to list
Kebakaran Paip Gas : Rumah Sewa Bukan Kawasan Terpencil
Apr 16, 2025
Kebakaran Paip Gas : Rumah Sewa Bukan Kawasan Terpencil
Kerajaan Selangor nafi dakwaan pihaknya tawarkan rumah sewa sementara di kawasan terpencil kepada mangsa kebakaran saluran paip gas di Putra Heights.
Sebaliknya, penempatan sementara yang ditawarkan adalah berdasarkan rumah kosong di seluruh Selangor dan mangsa bebas memilih lokasi yang sesuai dengan keperluan mereka.
Terdahulu, kerajaan Selangor tawarkan 100 unit rumah sewa sementara kepada mangsa terlibat dan setakat ini lebih 70 permohonan telah diterima.
Malaysia dan China akan terus bekerjasama
Yang di-Pertuan Agong zahirkan kepercayaan Malaysia dan China akan terus memperkasa kerjasama kedua-dua negara walaupun wujud pelbagai jurang geopolitik seantero dunia.
Titah Sultan Ibrahim, terdapat potensi besar untuk syarikat dan pelabur China untuk meneroka peluang di Malaysia.
Baginda bertitah demikian ketika berucap pada pertemuan bersama Presiden China, Xi Jinping di Istana Negara sempena lawatan beliau ke Malaysia.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca