← Back to list
Lawatan Presiden Xi Jinping Kejayaan Besar
Apr 17, 2025
Lawatan Presiden Xi Jinping Kejayaan Besar
Lawatan negara Presiden China, Xi Jinping ke Malaysia merupakan satu kejayaan yang besar.
Jurucakap kerajaan, Datuk Fahmi Fadzil berkata ia antaranya merapatkan hubungan dagang antara kedua-dua negara.
Jelas beliau, Malaysia sebagai negara dagang berharap akan dapat meneruskan hubungan dagang dengan pelbagai negara yang ingin berdagang dengan Malaysia dan lawatan President Xi ini mencapai matlamat tersebut.
Sepanjang lawatan itu, Malaysia dan China telah menandatangani 31 MOU dalam bidang strategik seperti keselamatan, perdagangan, pendidikan dan pertanian.
Lawatan Presiden Xi ke Malaysia selama 3 hari tamat hari ini dan beliau bersama delegasi telah berlepas ke Kemboja, pagi tadi.
Bekas pegawai tentera dan polis akan dilantik sebagai warden MRSM
MARA akan mula melantik warden sepenuh masa di MRSM daripada kalangan bekas pegawai tentera dan polis.
Pengerusi MARA berkata ia bagi memperkukuh aspek disiplin dan banteras kes buli dalam kalangan pelajar MRSM.
Jelas Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, pelaksanaan inisiatif itu akan dimulakan secara projek rintis babitkan beberapa MRSM terpilih bagi menilai keberkesanan pendekatan berkenaan.
Keputusan SPM 2024 diumum Khamis depan.
Keputusan peperiksaan SPM 2024 akan diumumkan pada Khamis depan.
Menurut KPM, calon boleh dapatkan secara dalam talian, SMS atau di sekolah masing-masing bermula 10 pagi.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca