← Back to list
Polis Sokong Guna MyDigital ID Untuk Bayar Saman Trafik
Apr 22, 2025
PDRM sokong cadangan penggunaan identiti digital, MyDigital ID diperluaskan dalam semua urusan pembayaran saman trafik.
Menurut Bukit Aman, ia dijangka beri impak positif kepada pengguna jalan raya sebaik sahaja dilaksanakan.
Baru-baru ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) saran semua urusan pembayaran saman trafik turut guna MyDigital ID.
KDN juga memaklumkan semua urusan membabitkan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik selepas ini akan mengutamakan individu yang berdaftar dengan aplikasi itu.
Malah jika tawaran diskaun saman sehingga 50 peratus diberikan, maka mereka yang memiliki MyDigital ID akan dapat lebih.
---
Polis sahkan terima laporan kejadian seorang pemuda dipercayai menyamar sebagai penolong pegawai perubatan yang videonya viral di TikTok.
Kejadian dilapor berlaku di sebuah hospital di Kangar, dan pihaknya sedang menyiasat kes itu secara terperinci.
---
Polis Perlis sahkan terima laporan kejadian seorang murid Tingkatan 3 tidak sedarkan diri selepas hisap vape dalam tandas sekolah baru-baru ini.
Jenis dan perisa vape masih dalam siasatan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca