← Back to list
Had Laju Maksimum di Kawasan Sekolah Akan Diturunkan
Apr 30, 2025
Kerajaan akan mewartakan kadar had laju maksimum di kawasan sekolah daripada 50 kepada 30 kilometer sejam
Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, ia bagi meningkatkan keselamatan khususnya membabitkan murid sekolah.
Jelas beliau, berdasarkan data saintifik, risiko kematian akibat kemalangan agak rendah jika had laju dikurangkan kepada 30km sejam.
Secara purata 70 kes kemalangan maut dicatatkan di kawasan sekolah di negara ini setiap tahun.
Sehubungan dengan itu juga, pihak berkuasa perlu sedia papan tanda amaran dan garisan kuning, agar pengguna jalan raya sedar dan memperlahankan kenderaan di lokasi sekolah.
---
Pegawai yang terlibat kes kesilapan paparan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan SPM baru-baru ini sudah dikenalpasti.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, tindakan sedang diambil menerusi Lembaga Disiplin KPM dan Lembaga Tatatertib JPA.
Beliau juga mahu semua kementerian dan agensi kerajaan lebih berhati-hati terutama dalam isu paparan bendera kebangsaan.
---
Masa pembelajaran bagi Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) akan ditambah bermula 2027 sempena bermulanya kurikulum baru kelak.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, ia sebagai usaha meningkatkan kesedaran dan pengetahuan kepada pelajar sekolah.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca