← Back to list
Sidang Kemuncak ASEAN : Penjawat Awam Boleh WFH
May 07, 2025
Sidang Kemuncak ASEAN : Penjawat Awam Boleh Bekerja Dari Rumah
Kerajaan membenarkan penjawat awam yang bekerja di sekitar lokasi Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung hujung bulan ini untuk bekerja dari rumah.
Menurut jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil sekolah yang berada dalam laluan Sidang Kemuncak ASEAN turut dibenarkan untuk laksanakan PdPR.
KPM katanya akan mengeluarkan senarai penuh sekolah yang terbabit dalam masa terdekat manakala pihak polis akan mengumumkan laluan-laluan utama yang terlibat.
Polis tahan lelaki susulan kes kematian isterinya di tepi Lebuhraya KESAS
Polis tahan seorang lelaki bagi bantu siasatan kes kematian isterinya yang berlaku di tepi Lebuhraya KESAS berhampiran R&R Awan Besar.
Siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian tersebut dan memaklumkan, berlaku pertengkaran mulut antara mereka ketika dalam perjalanan pulang ke rumah.
Menurut polis, siasatan masih berlangsung dan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu diminta tampil bantu siasatan.
Batik Air batalkan penerbangan Lahore, Pakistan dan Amritsar, India
Batik Air membatalkan penerbangan 2 hala melibatkan Lahore, Pakistan dan Amritsar, India hari ini dan esok susulan serangan udara oleh askar India terhadap Pakistan.
Pihaknya mohon maaf atas kesulitan yang timbul dan akan pantau situasi itu dari semasa ke semasa.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 8 individu terkorban akibat serangan tersebut.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca