← Back to list
Polis Kelantan Siasat Maklumat Influencer & Founder Terlibat Dadah
May 09, 2025
Malaysia terus mengikuti rapat perkembangan peningkatan mendadak ketegangan antara India dan Pakistan ketika ini.
Wisma Putra juga gesa 2 negara bersenjata nuklear itu meredakan ketegangan dan kembali ke meja rundingan agar dapat mengaktifkan semula saluran komunikasi yang membina.
Ia bagi elak sebarang krisis yang boleh menjejaskan kestabilan rantau Asia Selatan.
Dalam perkembangan berkaitan, Pakistan melaporkan sudah lebih 30 orang maut dan hampir 60 cedera akibat serangan askar India ke atas negara itu serta wilayah Kashmir yang ditadbir Islamabad.
Tentera India pula mendakwa sekurang-kurangnya 16 orang awam terbunuh akibat tembakan artileri Pakistan di sempadan Kashmir.
---
Polis Kelantan sudah terima maklumat mengenai beberapa pempengaruh dan pengasas kosmetik tempatan yang dipercayai terbabit aktiviti berkaitan dadah!
Namun Ketua Polis Kelantan berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut memandangkan siasatan masih dijalankan.
Datuk Mohd Yusoff Mamat juga tegaskan sebarang pendedahan hanya akan dibuat selepas kes tersebut disahkan dan bukti mencukupi dikumpulkan.
---
Siasatan kes simbahan asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan dan Selangor FC, Faisal Halim masih diteruskan.
Jelas Bukit Aman, walaupun diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut, ia tidak bermakna siasatan ditutup sebaliknya merupakan prosedur biasa dalam siasatan jenayah.
Menurutnya lagi, sebarang perkembangan kes akan dimaklumkan dari masa ke masa selepas peguam Faisal Halim gesa pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut.
Ia susulan Jabatan Peguam Negara mengklasifikasikan kes itu sebagai tiada tindakan lanjut kerana pihak berkuasa tidak dapat kesan sebarang petunjuk baru dalam siasatan.
---
Kerajaan memutuskan untuk membenarkan pertukaran majikan pekerja asing merentasi sektor penggajian.
Kementerian Dalam Negeri memaklumkan, perubahan dasar itu akan beri pelbagai manfaat bukan sahaja kepada kerajaan tetapi juga kepada majikan dan pekerja asing.
Ia juga merupakan amalan baik yang disarankan oleh organisasi-organisasi antarabangsa berkaitan buruh dan telah diguna pakai oleh negara-negara maju.
Susulan itu majikan wajib hadir di pintu keluar antarabangsa bagi mengurus daftar keluar pekerja asing sepertimana majikan mengurus kemasukan pekerja asing.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca