← Back to list
Kanak-Kanak 12 Tahun Cedera Disyaki Didera Ibu Bapa
May 23, 2025
Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun cedera dipercayai didera ibu bapanya.
Menurut polis Pulau Pinang laporan dibuat oleh guru besar sekolah kanak-kanak itu selepas guru kaunseling menyedari ada kesan lebam dan luka pada belakang badan mangsa.
Mangsa turut memberitahu sering dipukul dan pernah dikurung dalam sangkar anjing kira-kira 2 tahun lalu.
Susulan itu, polis menahan ibu dan bapa kanak-kanak terbabit untuk siasatan lanjut.
__
Kerajaan negeri Johor tetapkan 7 SOP baru dalam usaha memastikan keselamatan kanak-kanak ketika menggunakan perkhidmatan van atau bas sekolah.
Menurutnya ia termasuk mewajibkan pengiring bagi van yang bawa lebih 10 kanak-kanak iaitu latihan khas untuk pemandu dan pengiring serta penyelenggaraan kenderaan.
Langkah itu katanya bagi memastikan insiden kanak-kanak berusia 5 tahun maut selepas tertinggal lebih 4 jam di dalam sebuah van sekolah di negeri itu awal bulan ini tidak berulang.
__
Dalam pada itu, status pemulihan gangguan bekalan air tidak terancang di Johor Bahru berada pada 40 peratus setakat malam tadi.
__
SPRM menjelaskan Datin Seri Pamela Ling bukan suspek dalam kes pengubahan wang haram yang disiasat oleh pihaknya.
Sebaliknya, wanita itu dipanggil untuk dirakam keterangan sebagai saksi pada hari dia dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan ke SPRM Putrajaya, awal bulan lalu.
__
Malaysia sasar untuk mewujudkan 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.
__
Dan kadar kebolehpasaran graduan TVET Pertanian di institut kendalian Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan meningkat kepada 78 peratus pada 2023 berbanding 72 peratus pada 2022.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca