← Back to list
WhatsApp Menteri Dalam Negeri Digodam
May 27, 2025
Kerajaan Selangor akan buat keputusan berhubung cadangan mengharamkan penjualan vape dalam masa terdekat.
Keputusan akan dibuat selepas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan Awam bentang kertas dasar mengenai cadangan itu kepada EXCO kerajaan negeri.
Menteri Besarnya memaklumkan, pertimbangan itu dibuat kerana Selangor mengutamakan kesihatan awam dan generasi akan datang.
Baru-baru ini kerajaan Melaka memaklumkan akan mengadakan perbincangan berhubung cadangan pengharaman penjualan vape di negeri itu.
Perak pula memuktamadkan sebarang keputusan berhubung isu berkenaan selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan Negeri.
Sebelum ini, Perlis dan Terengganu mengumumkan akan laksana larangan penjualan produk tersebut.
---
Akaun WhatsApp milik Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution telah digodam.
Sehubungan itu, orang ramai diingatkan supaya tidak terpedaya dengan panggilan ataupun mesej yang menyamar sebagai beliau.
---
Kerajaan Johor akan bertindak dengan lebih tegas bagi tangani masalah pembuangan sampah haram yang semakin membimbangkan.
Antara langkah drastik yang dipertimbangkan ialah pinda atau gubal undang-undang baru yang lebih relevan dan tegas termasuk menaikan kadar kompaun minimum.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca