← Back to list
Semakan Semula Cukai Jualan Hanya Untuk Barang Premium
Jun 12, 2025
Semakan Semula Cukai Jualan Hanya Untuk Barang Premium
Kerajaan beri jaminan semakan semula pelaksanaan Cukai Jualan yang berkuat kuasa mulai 1 Julai ini hanya babitkan barangan pilihan dan premium.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata kadar cukai 5 peratus atau 10 peratus itu akan dikenakan ke atas barangan seperti cendawan truffle dan king crab.
Manakala barangan asas seperti beras, minyak masak, sayur-sayuran, ayam dan ikan, kekal bebas cukai.
Langkah itu katanya adalah pendekatan berimbang yang mana rakyat kebanyakan tidak akan terkesan manakala golongan berkemampuan menyumbang secara adil kepada negara.
MARA pantau pelajar tajaannya di AS
MARA akan pantau pelajar tajaannya yang sedang melanjutkan pengajian di Amerika Syarikat susulan polisi dan dasar tarif yang diperkenal negara itu.
Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kesan sedia ada terhadap pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pengajian di negara itu sangat minimal.
Tambah beliau, MARA juga sudah buat keputusan untuk menghentikan penghantaran pelajar tajaannya ke Amerika mulai tahun ini.
Terdahulu, presiden Donald Trump keluarkan arahan untuk menghentikan pemprosesan visa semua pelajar asing.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca