← Back to list
Nahas pelajar UPSI: Pemandu bas mengaku tidak bersalah
Jun 13, 2025
Pemandu bas yang terbabit nahas yang mengorbankan 15 pelajar UPSI, Isnin lalu didakwa di Mahkamah Majistret Gerik, hari ini.
Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah selepas 15 pertuduhan dibacakan.
Dia turut dituduh atas kesalahan memandu secara melulu dan berbahaya.
__
Sementara itu, Menteri Pengangkutan maklumkan penguatkuasaan Peranti Had Kelajuan bagi kenderaan perdagangan akan bermula 1 Oktober depan.
Tegas Anthony Loke, ia sebahagian daripada usaha meningkatkan keselamatan jalan raya dan mengurangkan risiko kemalangan maut membabitkan kenderaan berat.
__
Di Melaka, remaja 17 tahun direman tujuh hari bagi bantu siasatan kes pembunuhan kejam ibu dan abang serta mencederakan adiknya di rumah mereka.
__
Dan, Bukit Aman sahkan seorang penyanyi rap antara tiga lelaki rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Laos, dipercayai cuba menyeludup 86 kilogram ganja, Mei lalu.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca