← Back to list
Nahas Bas Gerik : Lesen Pemandu Bas Digantung
Jun 17, 2025
Nahas Bas Gerik : Lesen Pemandu Bas Digantung
JPJ menggantung lesen pemandu bas yang terbabit dalam kemalangan yang meragut nyawa 15 pelajar UPSI di Gerik, minggu lalu.
Jelasnya, penggantungan lesen ini akan kekal berkuat kuasa sehingga siasatan selesai dijalankan.
JPJ turut buka kertas siasatan terhadap pemilik syarikat pengendali kenderaan termasuk syarikat yang menerima pajakan permit operasi bas berkenaan.
Penjawat awam tidak boleh melayari media sosial sewaktu bertugas
Penjawat awam tidak boleh melayari media sosial seperti TikTok dan Facebook tanpa keperluan rasmi ketika bertugas.
Tegas CUEPACS ini kerana penggunaan media sosial sewaktu bertugas boleh dianggap menjejaskan produktiviti dan menyalahi Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.
Pihaknya turut nasihatkan semua penjawat awam agar patuhi garis panduan ditetapkan demi menjaga integriti dan profesionalisme perkhidmatan awam.
Lebih 10 mayat ditemui di Sungai Klang
Lebih 10 mayat termasuk bayi ditemui di Sungai Klang menerusi projek mitigasi banjir yang mula dilaksanakan 3 tahun lalu.
Syarikat pengendali projek itu berkata terbaru, 3 mayat ditemui di sekitar Kota Kemuning bulan lepas dan ia telah diserahkan kepada pihak berkuasa untuk siasatan lanjut.
Pihaknya turut berdepan isu pencemaran sungai yang teruk apabila menemui pelbagai jenis sampah berat seperti peti sejuk dan motosikal di dasar Sungai Klang.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca