← Back to list
Tiada Kenaikan Harga RON95
Jun 20, 2025
Tiada Kenaikan Harga RON95
Kerajaan beri jaminan tidak akan naikkan harga RON95 walaupun berlakunya kenaikan mendadak dalam pasaran minyak dunia ketika ini.
Jelas Perdana Menteri, ia mengambil kira kesan kenaikan harga minyak itu kepada rakyat dan ekonomi negara.
Ketegangan antara Iran dan Irael terus mendorong kenaikan harga minyak global dengan Turkiye antara negara yang dilapor menaikkan harga petrol dan diesel.
Dalam perkembangan lain, penjelasan lebih terperinci akan diberikan mengenai pelaksanaan semakan dan peluasan skop SST yang akan bermula 1 Julai ini.
Perdana Menteri akui terdapat kekeliruan dalam kalangan rakyat berhubung pelaksanaan SST namun yang pasti inisiatif itu katanya tidak akan bebankan golongan bawahan mahupun M40.
Kerajaan pertimbang pengeluaran Akaun 2 KWSP untuk insurans kesihatan
Kerajaan sedia pertimbang cadangan untuk membenarkan pencarum KWSP guna simpanan Akaun 2 bagi membiayai premium insurans kesihatan.
Menteri Kesihatan berkata langkah itu dijangka beri manfaat kepada pencarum untuk dapatkan perlindungan kesihatan yang lebih komprehensif termasuk rawatan di hospital swasta.
Kes kematian Covid-19 pertama tahun ini
Malaysia merekodkan kes kematian pertama akibat Covid-19 tahun ini melibatkan individu dengan penyakit jantung dan diabetes serta tidak terima dos penggalak kedua.
Bagaimanapun, menurut KKM situasi semasa COVID-19 dalam negara kekal terkawal dan di bawah paras amaran kebangsaan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca