← Back to list
Portal akses data peribadi rakyat Malaysia sudah disekat
Sep 11, 2025
Menteri Pendidikan Tinggi mengingatkan semua pihak supaya lebih waspada dan tidak mempolitikkan isu pendidikan tinggi terutamanya melibatkan seorang pelajar cemerlang STPM.
Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir juga khuatir sekiranya isu tersebut secara terus menerus dipolemikkan, ia akan beri kesan terhadap emosi pelajar berkenaan.
Beliau juga tegaskan KPT bersikap terbuka dan mengambil perhatian sekiranya berlaku kekurangan dalam proses permohonan ke universiti pada masa ini.
Ia bagi mengulas aduan seorang pelajar cemerlang STPM yang mendakwa tidak dapat tempat dalam program perakaunan di UM walaupun raih merit 99.9 peratus.
Terdahulu KPT menjelaskan pelajar berkenaan berada di ranking 1,129, manakala UM hanya menyediakan 85 tempat untuk program tersebut.
---
Sebuah portal yang didakwa dapat mengakses data peribadi rakyat Malaysia telah pun disekat sejak 2022.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.
Sebelum ini, tular di laman sosial mengenai seorang pengguna yang mendakwa data peribadi rakyat Malaysia bocor di sebuah laman sesawang.
Laman tersebut dikatakan dedah data dan maklumat sensitif termasuk kad pengenalan, alamat rumah, rekod pendaftaran dan lesen kenderaan dan maklumat sulit perbankan.
---
35 rakyat Malaysia dilapor terkandas di Nepal susulan pergolakan dan perintah berkurung.
Sinar Harian melaporkan, ia berikutan protes ganas melanda negara Asia Selatan tersebut.
Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu juga menasihatkan semua rakyat Malaysia di sana supaya kekal berada di dalam rumah sehingga situasi pulih.
Mereka yang perlu bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia.
Sementara itu Wisma Putra gesa rakyat Malaysia yang menetap di 3 wilayah di Poland supaya waspada ekoran beberapa insiden pencerobohan ruang udara di negara itu baru-baru ini.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca