Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

FFC x TMTG: Malaysia Berterima Kasih Kepada Turkiye

Oct 13, 2025


Malaysia sekali lagi berterima kasih kepada Turkiye kerana membantu proses penghantaran pulang 9 delegasi Malaysia yang ditahan Israel baru baru ini. 

Dalam satu kenyataan Wisma Putra, kerajaan turut rakam penghargaan kepada negara sahabat atas kerjasama diplomasi yang dihulurkan. 

Semalam, semua mereka yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza itu selamat tiba di KLIA dari Istanbul. 

..... 

Sementara itu, polis Kelantan akan siasat isu pengibaran bendera Israel pada satu program solidariti untuk Gaza di Lembah Sireh, baru-baru ini.   

Sebelum ini penganjur berkata bendera itu adalah untuk tujuan lakonan semula kejadian yang berlaku terhadap sularelawan Global Sumud Flotila.   

..... 

Dalam pada itu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan gesa Israel mematuhi komitmennya di bawah perjanjian gencatan senjata Gaza yang baharu. 

Pihaknya berkata ini termasuk bantuan kemanusiaan yang sedang dalam perjalanan ke Gaza di bawah perjanjian terbabit. 

..... 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual hadir pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali MADANI Peringkat Kebangsaan 2025 di  KL Sentral pada 18 Oktober ini. 

Kementerian Digital berkata majlis berkenaan akan berlangsung dari 10 pagi hingga 2 petang dan semua rakyat Malaysia dijemput hadir. 

..... 

MARA mengarahkan 34 MRSM laksana PdPR susulan peningkatan jangkitan influenza dalam kalangan pelajar institusi itu.  

..... 

Dan empat orang dilaporkan maut manakala sekurang-kurangnya 20 yang lain cedera dalam kejadian tembakan di sebuah premis makanan dan minuman di Carolina Selatan semalam. 


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us