← Back to list
Nga Kor Ming mohon maaf
Nov 03, 2025
Nga Kor Ming mohon maaf atas kenyataannya terhadap seorang wartawan semasa satu sidang media di KL baru-baru ini.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu juga mengakui kesilapan dan mohon maaf jika ada yang pihak yang terkilan dan tersinggung.
Timbalan Pengerusi DAP itu turut memberitahu beliau menghormati kebebasan media serta hak kebebasan bersuara.
---
Peperiksaan SPM 2025 bermula hari ini.
Ia melibatkan kira-kira 413 ribu calon dan 3,350 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Ujian bertutur dan mendengar Bahasa Malaysia serta Bahasa Inggeris, juga amali Sains berlangsung hingga 20 November ini.
Seterusnya, peperiksaan bertulis akan berlangsung pada 25 November hingga 23 Disember.
---
Program Pembentukan Karakter dalam Kurikulum Persekolahan 2027 bukan dibuat secara tergesa-gesa.
Jelas Kementerian Pendidikan (KPM), ia merupakan kesinambungan usaha berterusan bagi perkukuh nilai, adab dan akhlak murid.
KPM turut tegaskan ia bukan subjek baru sebaliknya pendekatan yang merentas semua disiplin dan bidang pembelajaran.
---
Kira-kira 10,000 anggota polis akan bertugas bagi memastikan kelancaran proses PRN Sabah bermula tarikh penamaan calon pada 15 November hingga hari pengundian 29 November ini.
Menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN), anggota polis Kontinjen Sarawak juga akan digerakkan jika terdapat keperluan sepanjang tempoh PRN tersebut berlangsung.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca