← Back to list
Musim banjir: Universiti dibenar laksana PdP dalam talian - Zambry
Nov 03, 2025
Kementerian Pendidikan Tinggi memulakan persiapan awal bagi menghadapi kemungkinan banjir hujung tahun ini.
Justeru, pihak universiti diberi kelonggaran untuk laksanakan pembelajaran secara dalam talian mengikut keperluan.
__
Kerajaan akan umum penambahbaikan had siling kelayakan bulanan RON95 bagi pemandu e-hailing dalam masa terdekat.
Ketua Setiausaha Perbendaharaan berkata ia selepas mengambil kira rayuan daripada pemandu dan data penggunaan yang dikemukakan pihak penyedia perkhidmatan berkenaan.
__
Dan, Kementerian Pengangkutan umum penurunan harga kad 30 hari Bas.My daripada RM50 kepada RM30 sebulan di seluruh negara berkuat kuasa serta-merta.
Menterinya, Anthony Loke berkata keistimewaan perjalanan tanpa had itu hanya boleh dinikmati warga Malaysia dan negeri yang mempunyai perkhidmatan bas awam tersebut.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca