← Back to list
SPM 2025: KPM perjelas dakwaan soalan ujian bertutur bocor
Nov 12, 2025
Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk tidak akan buat rayuan terhadap Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil Sabah.
Menurut Jabatan Peguam Negara, ini sebagai menghormati prinsip pemberian khas berkenaan seperti yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan.
Susulan itu, kerajaan Persekutuan akan memulakan proses rundingan bersama kerajaan Sabah dengan segera.
Keputusan tersebut dibuat dalam Mesyuarat Khas Jemaah Menteri semalam yang bincang berkenaan penghakiman Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu terkait perkara tersebut.
Dalam perkembangan berkaitan, kerajaan Sabah menghargai keputusan bersejarah Perdana Menteri dan Kabinet Persekutuan untuk tidak buat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung Pemberian Khas berdasarkan 40 peratus hasil Sabah.
Ujar Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, ia menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memahami harapan dan aspirasi rakyat Sabah.
---
Dakwaan soalan Ujian Bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris SPM 2025 bocor seperti yang tular di media sosial adalah tidak benar!
Sebaliknya siasatan KPM mendapati maklumat yang tular itu adalah senarai tema umum dan kandungan yang terdapat dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran.
Menurutnya lagi, senarai tema yang ditularkan juga adalah ramalan oleh guru dan calon SPM.
---
Kementerian Pendidikan Tinggi sedia pertimbang cadangan peluasan pengecualian bayaran balik pinjaman PTPTN untuk graduan Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama daripada kumpulan B40 dan M40 di IPTS.
Jelasnya, ia perlu kajian mendalam khususnya mengenal pasti mekanisme sesuai kerana membabitkan kos yang agak tinggi.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca