← Back to list
Namewee dibebaskan dengan jaminan polis
Nov 13, 2025
Penyanyi rap kontroversi, Namewee dibebaskan hari ini dengan jaminan polis sehingga 26 November sementara siasatan kes kematian pempengaruh wanita warga Taiwan diteruskan.
Ketua Polis Kuala Lumpur berkata keputusan itu dibuat sementara menunggu laporan penuh bedah siasat mangsa diperoleh.
Terdahulu, peguam negara maklumkan pembebasan Namewee berikutan tiada sebarang petunjuk kukuh dapat mengaitkan individu itu secara langsung dengan punca kematian mangsa.
Pempengaruh berkenaan ditemukan mati di dalam bilik air sebuah hotel di ibu negara pada 22 Oktober lalu.
__
Polis berjaya menahan seorang lelaki yang bertindak agresif dan hampir menggilis anggota polis menggunakan kenderaan di stesen minyak di Klang semalam.
Siasatan mendapati suspek disyaki terlibat dengan satu kes samun di Subang Jaya dan mempunyai 20 rekod jenayah lampau serta lima rekod dadah.
Ketua Polis Daerah Klang Selatan turut menjelaskan tiada kes tembakan seperti didakwa dalam video yang viral di media sosial.
__
Perdana Menteri tegaskan kerajaan pusat tidak akan merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu berhubung Pemberian Khas 40 peratus hasil kepada Sabah.
Jelas Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia memandangkan perkara tersebut telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
__
Dan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz umum akan mengakhiri tugasnya sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri berkuat kuasa 2 Disember ini.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca