← Back to list
Insiden bumbung KLIA bocor: Kecuaian kontraktor tidak boleh diterima – MAHB
Nov 15, 2025
Malaysia Airports menyifatkan kecuaian kontraktor menjadi punca insiden kebocoran bumbung di KLIA Terminal 1 sebagai tidak boleh diterima.
MAHB berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat terbabit.
__
Rapid Bus akan beri kerjasama penuh kepada polis berhubung siasatan kes kemalangan maut membabitkan sebuah bas Rapid Penang, kelmarin.
Insiden itu menyaksikan seorang penunggang motosikal meninggal dunia selepas melanggar bahagian sisi kanan bas Rapid Penang.
__
Dan, Perdana Menteri mengalu-alukan peranan aktif Presiden AS, Donald Trump dalam membantu Thailand dan Kemboja mencapai penyelesaian berkekalan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah membincangkan perkembangan terkini isu sempadan antara dua negara berjiran itu dengan Trump melalui panggilan telefon, semalam.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca