← Back to list
Kes rasuah: Shamsul Iskandar, Albert Tai akan didakwa esok - SPRM
Dec 03, 2025
Bekas Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan ahli perniagaan, Albert Tei, masing-masing berdepan lima pertuduhan berhubung kes rasuah.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memaklumkan mereka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.
Sementara itu, seorang wanita yang turut ditahan sebelum ini dibebaskan dengan jaminan SPRM, dan diklasifikasikan sebagai saksi bagi bantu siasatan.
__
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) berkuat kuasa hari ini bagi tempoh dua tahun.
Beliau juga akan diberikan beberapa tanggungjawab tambahan yang akan diumumkan kemudian oleh Perdana Menteri.
Semalam, Tengku Zafrul menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri selepas dilantik menerajui kementerian itu pada 3 Disember 2022.
__
Dan, Bukit Aman mengambil alih siasatan kes kematian pelatih PALAPES, Allahyarham Syamsul Haris Shamsudin.
Ini selepas Jabatan Peguam Negara mengarahkan kes kematian Allahyarham diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca