Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Titah Adendum: Najib kekal di penjara!

Dec 22, 2025


Datuk Seri Najib Razak kekal jalani baki hukuman penjaranya di Penjara Kajang. 

Ini selepas Mahkamah Tinggi KL menolak permohonan semakan bekas Perdana Mentri itu, bagi memaksa kerajaan dan enam yang lain untuk melaksanakan Titah Adendum. 

Hakim memutuskan Titah Adendum itu tidak sah dan tidak boleh dilaksanakan bagi maksud menjalani tahanan rumah di negara ini. 

Sebagai makluman, Datuk Seri Najib disabitkan bersalah atas pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah, serta pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International Sdn Bhd. 

__

Kerajaan menjimatkan RM800 juta hasil pelaksanaan program BUDI MADANI RON95 sejak September lalu. 

Perdana Menteri berkata penjimatan itu dicapai hasil penyasaran subsidi petrol secara lebih berkesan supaya hanya dinikmati warganegara Malaysia. 

Tambah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ia sekali gus mengekang ketirisan yang sebelum ini melibatkan lebih 3.5 juta warga asing serta aktiviti penyeludupan puluhan ribu liter minyak ke luar negara.  

__

Dan, golongan belia berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun merekodkan jumlah mangsa penipuan jenayah telekomunikasi tertinggi dalam tempoh Januari hingga November tahun ini. 

Menurut Bukit Aman, hampir 8,800 orang daripada golongan tersebut jadi mangsa penipuan daripada lebih 28 ribu kes jenayah telekomunikasi dilaporkan di seluruh negara melibatkan jumlah kerugian mencecah 715 juta ringgit. 

Justeru, orang ramai yang menjadi mangsa boleh buat laporan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan di talian 997 serta laporkan kepada polis untuk tindakan lanjut.


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us