← Back to list
Kes tembakan: AKPS teliti tubuh pasukan khas
Feb 26, 2026
Umat Islam diminta tidak tiru perbuatan seorang wanita makan dan minum secara terbuka ketika siang Ramadan dalam live di TikTok, baru-baru ini.
Ujar Menteri Hal Ehwal Agama, JAKIM juga akan pergiat usaha mendidik dan memberi kesedaran agar umat Islam terus menghormati bulan puasa.
Dr Zulkifli Hasan seterusnya memaklumkan, kes berkenaan sudah diserah kepada pihak berkuasa berkaitan untuk tindakan lanjut.
Difahamkan juga, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan telah tahan wanita terbabit dan kes disiasat atas tuduhan menghina atau mencela agama.
Dalam perkembangan lain, Dr Zulkifli beritahu, kerajaan pandang serius insiden seorang siswa UMPSA yang hina Islam di media sosial hingga mengundang kemarahan ramai.
Tegas beliau, perbuatan tersebut telah menggores maruah umat Islam apatah lagi di bulan Ramadan ketika ini.
Sebagai makluman, polis Pahang kini menahan reman penuntut terbabit untuk siasatan.
---
Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) sedang menilai langkah ke arah penubuhan pasukan khas.
Ia bagi perkukuh tahap keselamatan dan kesiapsiagaan susulan insiden tembakan yang sasar seorang komander agensi itu awal pagi semalam.
Sebagai makluman, AKPS kini mengurus 22 pintu masuk yang dibahagikan mengikut tahap risiko, termasuk beberapa lokasi ‘hotspot’ yang perlu penguatkuasaan lebih rapi.
---
Kira-kira 24,700 daripada 251,000 calon UPKK 2025 raih keputusan cemerlang, memperoleh A dalam semua 9 subjek peperiksaan itu.
Menurut Menteri Hal Ehwal Agama, pencapaian Gred Purata Kebangsaan bagi peperiksaan tersebut pula ialah 1.83 mata berbanding 1.85 pada 2024.
Manakala peratus calon yang capai tahap lulus keseluruhan mencecah 90 peratus!
---
Jabatan Imigresen nafi terlibat dalam penyebaran poster bertajuk New: Malaysia Passport & MyKad 2026 yang kini tular di media sosial.
Pihaknya juga ambil perhatian serius terhadap penyebaran poster itu yang turut mengaitkan laman web rasmi jabatan berkenaan sebagai rujukan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca