Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

MCMC hadkan seorang boleh ada 5 kad sim prabayar bagi setiap telco

Feb 27, 2026


MCMC mengumumkan rakyat Malaysia kini cuma boleh memiliki 5 kad sim prabayar bagi setiap syarikat telekomunikasi bagi cegah eksploitasi dan kegiatan penipuan.  

Bagi bukan warganegara yang menuntut dan bekerja di negara ini, mereka hanya dibenarkan mempunyai 2 kad sim setiap telco.  

Pendaftaran kanak-kanak di bawah 12 tahun adalah dilarang, manakala bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula, pendaftaran hendaklah dilakukan oleh ibu bapa atau penjaga.  

--- 

Sebanyak 21 kematian akibat kebakaran rumah direkodkan dalam tempoh 2 bulan pertama tahun ini.  

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berkata, angka itu juga hampir menyamai jumlah pada seluruh tahun lalu!  

Menurut Datuk Seri Nor Hisham Mohammad, kebanyakan kes kematian yang direkodkan itu melibatkan penghuni rumah teres dan berlaku pada waktu malam.  

Tambahnya, 57 peratus kebakaran yang tercetus juga berpunca daripada elektrik dan faktor kecuaian manusia.  

Semalam, seorang warga emas OKU maut selepas rumahnya di Simpang Pulai, Perak musnah terbakar.  

Sementara itu jenazah 5 sekeluarga yang maut dalam kebakaran sebuah rumah di Raub, Pahang telah dikebumikan malam tadi.  

Dalam pada itu, 2 beradik yang sekelip mata hilang tempat bergantung dan menjadi yatim piatu ekoran tragedi itu ditawarkan sebagai anak angkat MARA.  

Ujar Pengerusinya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, ia bagi memastikan kebajikan dan pelajaran dipantau sepenuhnya demi masa depan mereka.  


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us