← Back to list
Kes Penuntut Universiti Hina Islam: Kertas Siasatan Sudah Lengkap
Feb 28, 2026
Polis melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang penuntut sebuah universiti tempatan yang disyaki menghina Islam.
Ketua Polis Pahang berkata suspek masih dalam tahanan reman dan kertas siasatan sudah dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya.
Tambah beliau, setakat malam tadi, pihaknya menerima lebih 20 laporan polis di seluruh negara mengenai kes terbabit.
.....
Dalam pada itu, Kementerian Pendidikan Tinggi tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak khususnya pelajar yang menghina Islam atau agama lain di Malaysia.
Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir berkata tindakan tegas akan diambil terhadap individu terlibat selaras dengan undang-undang dan peraturan IPT.
.....
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia merekodkan kira-kira 1,700 kes tangkapan ular di Terengganu bagi tempoh 1 Januari hingga 24 Februari lalu.
Pihaknya memaklumkan Terengganu antara tiga negeri yang merekodkan jumlah tangkapan ular tertinggi selain di Selangor dan Kedah.
.....
Lebih 7,000 mangsa banjir direkodkan di Sabah ketika ini yang masih berlindung di lebih 30 PPS melibatkan beberapa daerah termasuk Beaufort.
.....
Penjawat awam Selangor akan menerima Insentif Khas Aidilfitri sebanyak satu bulan gaji atau minimum RM1,000 yang akan dibayar pada 19 Mac depan.
.....
Dan KWSP dijangka umum kadar dividen bagi tahun 2025 hari ini.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca