← Back to list
Malaysia kecam serangan AS & Israel terhadap Iran
Mar 01, 2026
Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran serta serangan balas terhadap beberapa negara di Asia Barat!
Menurut Wisma Putra, ia pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa serta prinsip kedaulatan dan integriti wilayah justeru gesa PBB ambil tindakan segera dan tegas.
Dalam perkembangan berkaitan, Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat tergempar berhubung perkembangan semasa dan ketegangan di Asia Barat.
Sementara itu Iran sahkan kematian pemimpin tertingginya, Ayatullah Ali Khamenei dan ahli keluarga beliau susulan serangan tentera Amerika Syarikat dan sekutunya Israel.
Susulan itu, kerajaan Tehran mengumumkan perkabungan selama 40 hari.
---
Penumpang yang rancang perjalanan melalui beberapa destinasi di Asia Barat dinasihat semak status terkini penerbangan dengan syarikat penerbangan sebelum ke lapangan terbang.
Malaysia Airports memaklumkan, ia susulan sekatan ruang udara di beberapa bahagian rantau itu ekoran serangan AS dan Israel ke atas Iran dan serangan balas di beberapa bahagian di Asia Barat.
Ini kerana ia berpotensi menyebabkan kelewatan, perubahan laluan atau pembatalan penerbangan berdasarkan penilaian keselamatan oleh syarikat penerbangan.
Dalam perkembangan berkaitan, Malaysia Airlines dilapor batal dan tangguh beberapa penerbangan antara KL dengan Doha, Jeddah dan Madinah.
Menurutnya, penumpang yang terjejas telah dan sedang dimaklumkan untuk diberi bantuan yang bersesuaian.
Sementara itu kira-kira 55 jemaah umrah Malaysia diberitakan terkandas di Jeddah selepas penerbangan pulang mereka ke tanah air dibatalkan pada saat akhir.
---
Sultan Pahang menegaskan sebarang perbuatan menghina, mencabar kesuciaan atau menyemai kebencian terhadap Islam tidak boleh dipandang ringan.
Titah Al-Sultan Abdullah, pihak berkuasa wajib bertindak tanpa kompromi terhadap mana-mana individu atau pihak yang didapati bersalah, mengikut peruntukan undang-undang negara.
Baginda juga bertitah Islam sebagai agama Persekutuan mempunyai kedudukan yang istimewa dan wajib dihormati oleh semua pihak.
Sementara itu Perdana Menteri memaklumkan pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan kes seorang penuntut UMPSA menghina Islam baru-baru ini.
Justeru Datuk Seri Anwar Ibrahim gesa semua pihak serah sepenuhnya perkara itu kepada pihak berkuasa dan tidak buat spekulasi atau kenyataan yang boleh jejas keharmonian awam.
Sebagai rekod, polis Pahang beritahu tempoh reman pelajar itu dilanjutkan hingga Selasa depan bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca