← Back to list
Ada penilaian sebelum disaran tutup premis
Oct 11, 2020

Penilaian akan dibuat terlebih dahulu sebelum mengusulkan penutupan sesebuah premis akibat jangkitan COVID-19.
Itu kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berhubung isu penutupan sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya baru-baru ini.
Tambah beliau, ujian saringan juga akan dijalankan ke atas semua pekerja premis dan kontak rapat mereka.

Foto : Kementerian Kesihatan Malaysia
Semalam, Malaysia mencatat 374 kes positif baru dengan 277 daripada kes tersebut direkodkan di Sabah.
Jumlah kematian juga meningkat kepada 155 selepas penambahan 3 lagi kes tersebut di negeri berkenaan.
Dalam pada itu, 6 lagi kluster baru turut dikesan iaitu 4 di Selangor manakala Sabah dan Sarawak masing-masing dengan 1.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca