← Back to list
PM Minta Nilai Semula
Nov 05, 2020
PM Minta Nilai Semula
Perdana Menteri minta Majlis Keselamatan Negara (MKN) menilai semula keperluan memperketatkan lagi aktiviti sosial dan SOP pergerakan rentas daerah dan negeri.
Ujar Tan Sri Muhyiddin Yassin, ia susulan penularan COVID-19 yang masih membimbangkan dan tidak boleh dibiarkan berlarutan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Peguam Negara pula diminta kaji aspek perundangan yang membolehkan PRK Parlimen Batu Sapi ditangguh sehingga COVID-19 reda.
Menurut Perdana Menteri, pilihan raya itu dilihat sukar dilaksanakan berikutan pandemik berkenaan masih memuncak di Sabah.
Semalam 8 lagi pesakit COVID-19 meninggal dunia menjadikan jumlah korban naik kepada 271.
Kes baru pula masih 4 digit selepas 1,032 lagi kes dilaporkan.
Belanjawan Melindungi Rakyat
Belanjawan 2021 beri keutamaan kepada melindungi rakyat ketika negara berdepan ketidaktentuan ekonomi dan penularan COVID-19.
Justeru menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, belanjawan berkenaan yang akan dibentangkan esok bukanlah bajet pilihan raya seperti didakwa sesetengah pihak.
Beliau turut memaklumkan telah berbincang dengan Menteri Kewangan berkenaan permintaan pencarum KWSP untuk mengeluarkan wang daripada Akaun 1.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca