Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Rentas Negeri Puncanya

Dec 15, 2020


Rentas Negeri Puncanya

Kluster Genting virus COVID-19 tercetus baru-baru ini disebabkan aktiviti rentas negeri.

Ini selepas kes indeks iaitu seorang warga asing dari Selangor datang ke Genting Highlands untuk melawat rakan-rakannya lalu menjangkiti mereka.

Menurut Kementerian Kesihatan Malayia (KKM), ia seterusnya mengakibatkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperkatatkan (PKPD) terpaksa dilaksanakan di 3 kawasan di Bentong, Pahang sehingga 23 Disember.

Amaran Hujan Lebat

Hujan lebat diramal berlaku di beberapa kawasan Kelantan, Terengganu dan Sabah bermula esok sehingga Jumaat.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysi (MetMalaysia), kejadian angin kencang turut dijangka berlaku di kawasan pantai di negeri terlibat.

Punca Kematian Adib Akan Dimaklumkan Tak Lama Lagi

Hasil siasatan terhadap penyebab kematian anggota Bomba, Allahyarham Muhammad Adib dalam tragedi kira-kira 2 tahun lalu akan dimaklumkan tidak lama lagi.

Ujar Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin, siasatan polis kini di peringkat akhir dan hasil siasatan akan dihantar kepada Jabatan Peguam Negara.

September tahun lepas, Mahkamah Koroner memutuskan punca kematian anggota bomba itu adalah akibat perbuatan jenayah oleh 2 atau lebih individu yang tidak dikenali.

Manakala pada Julai lalu, PDRM mencadangkan satu inkues diadakan semula berhubung kes kematian Allahyarham.

Ia berikutan terdapat saksi baru yang tampil memberi keterangan berhubung kematian anggota bomba itu.

Hampir Selesai

Rundingan agihan kerusi bagi menghadapi PRU15 antara UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) selesai hampir 90 peratus.

Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO juga telah mengadakan 2 rundingan bersama PAS yang telah mencapai hampir 70 peratus persefahaman.


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us