← Back to list
Polis Tahan 6 Suspek Militan
May 28, 2017
6 suspek militan ditahan di Kelantan, Selangor, Perak dan Kedah.
Ini termasuk 2 saudara kepada seorang lelaki warga Malaysia yang dipercayai anggota tertinggi militan IS di Syria.
Sementara itu, 28 warga Malaysia dilapor kini berada di Bandar Marawi, Mindanao, menyertai militan IS bertempur dengan askar kerajaan Filipina.
Dalam perkembangan berkaitan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) meningkatkan kawalan dan menggerakkan aset ke sempadan negara khususnya di Sabah.
Ia susulan insiden serangan dan letupan bom di 3 negara jiran iaitu Indonesia, Filipina dan Thailand yang dikaitkan dengan puak pelampau dan militan.
*foto sekadar hiasan
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca