← Back to list
Perunding Swasta Dilantik Periksa Keselamatan HSA
Nov 03, 2016
Perunding swasta dilantik memeriksa keselamatan blok bangunan Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru yang terlibat insiden kebakaran.
Menurut Kementerian Kesihatan, pemeriksaan itu merangkumi keselamatan elektrik, gas biologikal, perkakasan elektrik dan keselamatan struktur bangunan.
Pasukan perunding akan menentukan sama ada blok terlibat boleh digunakan lagi atau tidak, dan pemeriksaan dijangka mengambil masa 2 hingga 3 minggu.
Tragedi kebakaran di hospital tersebut pada 26 Oktober lalu mengakibatkan 6 pesakit di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) maut.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca