← Back to list
Tiada keperluan untuk parti politik buka cawangan di universiti awam.
Nov 02, 2018
Tiada keperluan untuk parti politik buka cawangan di universiti awam.
Kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, ini kerana penuntut universiti kini sudahpun mempunyai kebebasan bersuara.

Tun M berkata demikian ekoran kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik bahawa cawangan parti politik akan dibenar ditubuhkan di universiti awam selepas AUKU dipinda nanti.
Pembincangan tentang ICERD bersama NGO Islam akan diadakan 7 November ini.
Kerajaan akan mengadakan perbincangan meja bulat bersama NGO Islam bagi membincangkan cadangan meratifikasikan ICERD.
Perbincangan pada 7 November itu nanti akan turut disertai ahli akademik Islam untuk kumpul pendapat masing-masing.

Foto: NSTP
Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan bahawa kerajaan tidak akan mengesahkan ICERD tanpa sebarang perbincangan lanjut.
Kelmarin, lebih 100 peserta berjalan dari kawasan Tugu Negara ke bangunan Parlimen bagi membantah ICERD.
ICERD merujuk kepada Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum.
DOJ akhirnya failkan pelbagai dakwaan jenayah berkaitan 1MDB.
Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat, DOJ akhirnya failkan pelbagai dakwaan jenayah berkaitan 1MDB!
Wall Street Journal melaporkan dakwaan itu adalah ke atas 2 bekas pegawai bank Goldman Sachs dan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low.

Salah seorang daripada 2 bekas pegawai bank itu, Tim Leissener mengaku bersalah kerana konspirasi untuk mengubah wang haram selain melanggar Akta Amalan Rasuah Asing.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca