← Back to list
Kementerian Pendidikan komited bongkar salah laku di sekolah.
Nov 18, 2018
Kementerian dan SPRM bongkar kegiatan salah laku di sekolah

Foto - Astro Awani
Kementerian Pendidikan Malaysia akan beri kerjasama sepenuhnya kepada SPRM untuk bongkar salah laku melibatkan sekolah-sekolah di negara ini.
Menterinya, Dr. Maszlee Malik berkata beberapa lagi individu bakal dipanggil dan didakwa SPRM dalam masa terdekat sama ada tahun ini atau tahun depan.

Foto - Astro Awani
Sementara itu, Kementerian Pendidikan mengalu-alukan mana-mana NGO untuk laksanakan kempen kesedaran mengenai bahaya dadah di sekolah.
Kempen-kempen tersebut juga boleh dijayakan menerusi pembabitan sektor swasta dan parti-parti politik agar jenayah tersebut dapat dibanteras.
---
Tambang bas di Putrajaya kekal 50 sen!

Foto - Utusan
Kerajaan peruntukkan subsidi 5 juta ringgit setiap tahun untuk mengekalkan tambang bas di Putrajaya pada harga 50 sen.
Menteri Wilayah berkata langkah itu bagi menggalakkan penduduk menggunakan bas sebagai pengangkutan utama untuk ke tempat kerja atau destinasi lain.

Foto - Astro Awani
Sementara itu, Khalid Abdul Samad turut maklumkan Putrajaya catat penurunan kes denggi sebanyak 38 peratus daripada lebih 520 kes tahun lalu kepada hampir 330 kes tahun ini.
Di Terengganu pula, lebih 430 kes denggi dilaporkan sejak Januari sehingga minggu lalu, peningkatan lebih 50 peratus berbanding tahun lalu.
---
Rafizi Ramli sah tidak bertanding PRK DUN Rantau!

Foto - Astro Awani
Rafizi Ramli sahkan beliau tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil DUN Rantau.
Bekas Ahli Parlimen Pandan itu berkata dia tetap dengan pendiriannya untuk tidak bertanding atau pegang sebarang jawatan dalam kerajaan sekurang-kurangnya 2 tahun.
Terdahulu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu sidang media mengesahkan nama Rafizi antara yang dibangkitkan sebagai calon PRK DUN Rantau.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca