← Back to list
Kerajaan Cadang Tiada Vaksin Tak Boleh Daftar Sekolah
Mar 01, 2019
Timbalan Perdana Menteri berkata, vaksin perlu diberikan kepada 95 peratus populasi, untuk imunisasinya berkesan.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata buat masa ini peratusan itu masih lagi rendah.

Tambahnya, status vaksin imunisasi tidak harus diragui kerana JAKIM telah mengesahkan status halalnya.
Dalam Perkembangan lain, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan untuk wajibkan kanak-kanak yang disuntik vaksin sahaja dibenar masuk ke sekolah.
Ini selepas berlakunya kes seorang budak berusia dua tahun meninggal dunia di Johor, akibat difteria kerana tidak disuntik vaksin.
Tiada Kesalahan Dengan Tagline "Malu Apa Bosku"
SPR berkata tiada sekatan untuk pengundi memakai pakaian bertulis 'Malu Apa Bosku' sepanjang hari mengundi di PRK Semenyih, esok.

Ini kerana, perkataan yang viral itu tidak melambangkan logo mahupun imej parti politik bertanding.
Dalam perkembangan lain, SPR sasarkan 70% pengundi akan keluar mengundi.
Sementara itu, enam lokasi dijangka mengalami kesesakan berikutan hari pengundian di PRK Semenyih.
Menurut polis, lokasi terbabit ialah di tiga lampu isyarat di Bandar Sunway, Paling Jaya serta Sungai Lalang,
Turut diramlkan sesak ialah jalan ke Pekan Semenyih, Batu 26 Beranang dan Bandar Rinching.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca