← Back to list
Projek ECRL bakal jana banyak pekerjaan untuk rakyat Malaysia.
Apr 17, 2019
Peningkatan pembabitan Malaysia dalam kerja-kerja awam projek ECRL beri banyak faedah kepada negara.
Menurut Kementerian Sumber Manusia, peningkatan kepada 40 peratus berbanding 30 peratus dalam urusan itu buka lebih banyak kepada pekerja dan kontraktor Malaysia.

Pertambahan tersebut juga menunjukkan kerajaan serius memastikan kepentingan Malaysia diutamakan.
Misi pencarian Acap akan dihentikan buat sementara waktu.
Misi mencari dan menyelamat peserta Gopeng Ultra Trail yang hilang sejak 25 hari lalu akan dihentikan buat sementara.
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata ia susulan permintaan penduduk kampung yang mahu menjalankan misi pencarian mereka sendiri.

Namun, bomba dan polis sentiasa bersiap sedia memberi sokongan dalam menghadapi sebarang kecemasan semasa operasi pencarian dijalankan.
Anggota polis yang benarkan kereta peronda diperiksa orang awam bakal berdepan tindakan tegas!
Tindakan tatatertib menanti anggota polis yang membenarkan kereta peronda polis diperiksa oleh orang awam ketika PRK DUN Rantau, Sabtu lalu.

Jelas Ketua Polis Negara, keputusan tegas itu diambil kerana sikap tolak ansur berkaitan undang-undang tidak sepatutnya berlaku sekali pun dalam keadaan terdesak.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca