← Back to list
Pencemaran Sungai Selangor bukan sabotaj
Jul 29, 2019
Pencemaran Sungai Selangor bukan sabotaj

Foto - Free Malaysia Today
Polis menolak punca pencemaran diesel di Sungai Selangor disebabkan sabotaj, tetapi mungkin akibat kecuaian.
Ketua Polis Negara berkata, syarikat yang dilantik kerajaan negeri untuk bersihkan sungai itu mungkin cuai, apabila pekerjanya tertumpah diesel.
Pihaknya juga akan siasat laporan palsu yang dibuat sebelum ini, kemungkinan untuk melindungi kepentingan syarikat tertentu.
-----
Jalan Kuala Berang-Aring memang laluan gajah

Foto - Utusan Borneo
Perhilitan Terengganu akan terus memantau Jalan Kuala Berang-Aring, Kuala Berang yang menjadi laluan utama gajah di kawasan terbabit.
Menurutnya, kawasan terbabit sememangnya wujud konflik antara manusia dan binatang terutama gajah yang menggunakan laluan yang sama.
Kenyataan itu berikutan viral video seekor gajah liar mati dilanggar sebuah treler di jalan berkenaan, malam tadi.
-----
Tiada lagi pengimportan cili merah dari Vietnam

Foto - Berita Harian
Kerajaan berkata, tiada lagi pengimportan cili merah dari Vietnam dibenarkan sepanjang tahun ini.
Ia berikutan pemantauan persampelan cili merah dari negara berkenaan menunjukkan kandungan ‘maximum residue limit’ melebihi paras dibenarkan.
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga telah menghantar notifikasi kepada pihak berkuasa Vietnam bagi mengambil tindakan sewajarnya.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca