← Back to list
Nora Anne mati akibat kebocoran usus
Aug 15, 2019
Nora Anne mati akibat kebocoran usus

Foto - Astro Awani
Hasil bedah siasat mendapati, kematian Nora Anne Quoirin disahkan akibat kebocoran usus yang kemungkinan berpunca daripada tidak makan untuk tempoh yang lama.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata, gadis Ireland itu dipercayai mati kira-kira dua hingga tiga hari sebelum mayatnya ditemui.
Tambahnya lagi, tiada kesan rogol pada mayat Nora Anne selain tiada elemen penculikan dikesan dalam siasatan kes setakat ini.
-----
Ciapan fitnah kes Nora Anne: Polis akan ambil tindakan

Foto - mStarOnline
Polis dalam pada itu akan mengambil tindakan terhadap seorang pengguna Twitter kerana muat naik ciapan mendakwa mendiang Nora Anne Quoirin diperkosa.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop berkata dakwaan berkenaan adalah satu fitnah.
Terdahulu, viral di laman sosial dakwaan kononnya gadis malang yang dilapor hilang selama 10 hari itu dirogol oleh Orang Asli.
-----
Murid Tahun 5 perkosa kakak sepupu

Foto - Astro Awani
Seorang murid Tahun 5 di Penampang, Sabah direman seminggu kerana didakwa perkosa kakak sepupunya, Ahad lalu.
Menurut polis, hasil siasatan mendapati, suspek mengaku sudah 4 kali melakukan hubungan seks bersama mangsa yang berusia 12 tahun.
Malah katanya, suspek mengaku terpengaruh dengan video lucah yang ditonton menerusi telefon pintar.
Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:
Isnin - Khamis
7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm
Jumaat - Sabtu
10:00am
12:00pm, 1:00pm
Ahad
7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
Cuaca