Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

THR GEGAR

Permata Pantai Timur

← Back to list

Terus Patuhi PKP Ketika Ramadan

Apr 23, 2020


Terus Patuhi PKP Ketika Ramadan

Kementerian Kesihatan (KKM) minta semua tidak melakukan aktiviti kunjung-mengunjung ke rumah saudara dan kawan semasa Ramadan nanti.

Ia termasuklah perjalanan rentas negeri, daerah dan mukim atau menghadiri perhimpunan besar-besaran termasuk majlis keagamaan dan keraian.

KKM bimbang aktiviti yang menjadi kebiasaan rakyat Malaysia itu akan mengakibatkan penularan COVID-19 dalam kalangan keluarga khasnya warga emas dan kanak-kanak.

Rakyat diseru guna peluang jalani Ramadan dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan memberi fokus kepada ibadat dan menyediakan juadah berbuka di rumah masing-masing.

Dalam pada itu, KKM akan terus melindungi zon hijau COVID-19 khususnya di utara Semenanjung bagi mengelakkan kes baru.

Kementerian bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) sedang meneliti usaha itu dan akan memaklumkan langkah yang akan diambil dalam tempoh seminggu dua lagi.

Setakat ini, terdapat 64 kawasan yang dikategorikan sebagai zon hijau dan terbaru adalah Perlis selepas tiada kes aktif dicatatkan di negeri berkenaan.

Premis LHDN Kembali Dibuka

Semua premis LHDN (kecuali Pusat Khidmat Hasil dan Pusat Transformasi Bandar) kembali beroperasi hari ini.

Bagaimanapun, pihaknya hanya menyediakan perkhidmatan terhad sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

LHDN juga masih tetap menggalakkan orang ramai berurusan secara dalam talian dan hanya hadir ke premisnya jika ada keperluan mendesak.

Malah pihaknya memaklumkan, kaunter perkhidmatan e-Filing dan kaunter Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tidak dibuka.

Justeru sebarang pengisian e-Filing dan permohonan baru serta rayuan BPN boleh dilakukan sendiri secara dalam talian melalui sistem yang disediakan.


Pastikan anda mendengar Buletin PETRONAS di THR Gegar pada waktu-waktu berikut:

Isnin - Khamis

7:00am, 8:00am, 9:00am
12:00pm, 6:00pm

Jumaat - Sabtu

10:00am
12:00pm, 1:00pm

Ahad

7:00am. 8:00am, 11:00am
1:00pm
 

Cuaca

 

 

Ads With Us Ads With Us Ads With Us